Hmmm... any 'singles' out there yg biasa kena 'attack' dgn soalan cepumas ni? tiba2 teringat apa yg one of my fren post kt fb...
Bila nak kawin???
Di sini orang bertanya lagi
Di sana orang menyoal nanti
Tak kira teman mahupun kenalan
Asyik-asyik itu ja yang jadi bualan
Begitulah nasib yang belum berkahwin
Tak kira laki mahupun perempuan
Bila nak kawin???
Keluarga dah mula resah gundah gulana
Si teruna, bonda bimbang jadi bujang terlajak la
Si dara, ayah takut dilabel andalusia
Beradik pula takut x sempat tempah baju semua
Sahabat handai sibok carikan jodoh yg mengena..
Bila nak kawin???
Jiran turut sama menumpang tanya
Bila dijawab jodoh belum ada
Kata mereka, kita kenalah usaha
Mandi bunga salah satu caranya
Tak pun mandi ais boleh dicuba
(ni cadangan pelik kawan saya)
Hai....buleh percaya ka?
Bila nak kawin???
Aduuuhh...bukan baru ja ditanya??
Kawin??? Nak kawin ngan sapa?
Calon pun takda.
"Hah!!! Awak tu memilih sangat agaknya!!"
Ewah-ewah sedap sungguh mulut berkata
(ada kwn kata..kuambik tunang @ suami hang sat gi, baru padan muka..kan nayaaa!!)
Bila nak kawin???
"Akan ku kawin hari ni juga ( muahahahaa)
Jemputlah datang...jangan pulak lupa!!"
Hmm..Andai memilih suami/isteri semudah masak Maggi kari
Atau semudah membeli coffee Starbucks venti
Atau sesenang memakan chips, crisps lagi dan lagi..(haiiihh!!)
Kalao buat list...panjang sangat nanti!
Bila nak kawin???
Aaahhh....sungguh saya bosan
Banyak lagi yang lain boleh jadi soalan
Kenapa asyik itu yang dilontarkan
Agaknya depa ni lupa ingatan
Lambat cepatnya jodoh, Allah yang tentukan.
Bila nak kawin???
Pada yang masih belum sampai timenya
Sabaq menanti ngan hati terbuka naa
Biarkanlah mereka ITU terus bertanya
Usah ditunggu letih mulut mereka
Takkan letihnya sampai bebila..
Kalau ada jodoh, Insya-Allah takkan ke mana.
Bila nak kawin???
Pada yang asyik menanya pula
Elok juga berpesan sekali sekala
Usah dirisaukan jodoh kami semua
Mungkin jaga masjid sendiri sebaik-baiknya
Lain orang lain rezekinya
Syukurlah dengan apa yang kita ada.
Gitu la gamaknyaaaaaaaaaa
MORAL OF THE STORY: sila tgk cermin, keliling anda & muhasabah diri ;)
No comments:
Post a Comment